• Utama

MDEC Wujud Rangka Kerja Industri Permainan Dalam Talian

Apple Pay di China awal Februari

15 Pekan Kecil Dijangka Siap Tahun Depan


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

KUALA KANGSAR - Sebanyak 15 pekan kecil di Perak antaranya Bukit Gantang, Titi Serong, Tanjung Belanja, Hutan Melintang, Kuala Kurau dan Pengkalan Baharu dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) sebagai jentera pelaksana telah menyiapkan tiga pekan kecil tahun ini iaitu di Trong, Ijok dan Sauk.

"Konsep dan komponen projek di setiap pekan kecil membabitkan pembinaan kedai desa satu dan dua tingkat, gerai satu tingkat dan sebuah kawasan dataran.

"Konsep ini bertujuan mewujudkan suasana kondusif kepada peniaga serta masyarakat setempat supaya berdaya saing, sekali gus dapat memenuhi keperluan mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Dataran Amanjaya Sauk di Pekan Sauk di sini hari ini.

Katanya, PKNP menyasarkan untuk membina 41 pekan kecil di Perak dalam tempoh lima tahun, yang dimulakan sejak tahun lepas.

Beliau berkata, pelaksanaan projek pekan kecil yang sedang dibangunkan merupakan fokus utama kerajaan negeri untuk memastikan kemudahan kepada masyarakat setempat mempunyai satu pusat komersial dapat dipenuhi.

"Dengan pelaksanaan projek berkenaan, ia dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan itu serta menjadi tumpuan sebagai Pusat Komuniti Rakyat," katanya.

Zambry berkata, sejajar dengan matlamat kerajaan negeri untuk merangsang pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar dengan menukar landskap pekan kecil menjadi lebih moden, kemas dan terancang.

"Kalau di bandar membangun, di kampung atau kawasan pendalaman juga mesti membangun," katanya.

Terdahulu, Zambry turut menyaksikan majlis penyerahan Dataran Amanjaya Sauk oleh PKNP kepada Majlis Perbandaran Kuala Kangsar serta penyerahan kunci kepada penyewa gerai di dataran berkenaan.

Tender/Sebutharga

Tiada Tender atau Sebutharga yang ditawarkan buat masa ini. Sekian Terima Kasih.

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.