• Utama

RM20,000 Bantu Mangsa Ribut

RM20,000 bantu mangsa ribut
Bumbung sebuah rumah yang diterbangkan angin dalam kejadian 9 Ogos lalu.

PADANG RENGAS - Sebanyak RM20,000 diperuntukkan bagi membaiki kerosakan terhadap kira-kira 250 rumah yang terlibat dalam kejadian ribut di sini, 9 Ogos lalu.

Bantuan tersebut diperoleh hasil sumbangan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan dua wakil rakyat dalam Parlimen tersebut.

Adun Chenderoh, Zainun Mat Noor berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar turut menyumbang wang dalam bantuan tersebut.

“Setiap mangsa menerima bantuan berjumlah RM100 hingga RM500 bergantung kepada kerosakan yang dialami pada rumah mereka.

“Wang tersebut diberi bagi meringankan beban mereka untuk membeli peralatan rumah yang rosak akibat musibah ribut itu.

“Bagaimanapun, saya akan kemukakan permohonan kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan bantuan khas membaiki beberapa rumah yang rosak teruk,” katanya.

Beliau berkata, beberapa rumah yang rosak teruk serta tidak boleh diduduki memerlukan peruntukan khas yang lebih besar untuk membantu mereka.

“Ribut yang berlaku memang agak mengejutkan penduduk di Padang Rengas kerana ianya lebih teruk daripada biasa dengan melibatkan banyak kerosakan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi terlibat seperti bomba dan JPAM kerana memberikan bantuan kepada mangsa ribut,” katanya.

Selain rumah rosak, kejadian ribut itu juga menyebabkan seorang wanita warga emas maut selepas dihempap pokok ketika sedang berteduh di bawah sebuah bangsal.

Mayat Empat Rakyat Malaysia Mangsa Letupan Bom Di Bangkok Tiba Di Pulau Pinang

Perak Dapat Jawatan TPM

Microsoft Malaysia Perkenal Windows 10

Jawatan Kosong di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan - 09 Oktober 2015

Jawatan kosong terkini di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Oktober 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebagai :

1. Jurusolek B11 (250 Kekosongan)

Tarikh tutup permohonan pada 09 Oktober 2015
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan
kementerian pelancongan dan kebudayaan

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan dan juga panduan seperti dibawah.

1. Sila kelaman jobsmalaysia, sila klik disini
2. Sila ke Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : kementerian pelancongan dan kebudayaan (dan search).

jobs malaysia
3. Sila pilih majikan :
jobs malaysia

4. Sila klik pada senarai iklan jawatan dan mohonlah secara online.

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sabah (UMS) - 21 Ogos 2015

Jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ogos 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai :

1. Pegawai Kewangan W41
2. Jururawat U32
3. Penolong Akauntan W27
4. Pembantu Perpustakaan S17
5. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
6. Pembantu Awam H11
7. Pengawal Keselamatan KP11

Tarikh tutup permohonan pada 21 Ogos 2015
Lokasi : Sabah
Sektor : Kerajaan
Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) - 10 September 2015

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) September 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) sebagai :

1. Administrative Assistant
2. Technology Management (IP) Executive


Tarikh tutup permohonan pada 27 Ogos - 10 September 2015
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah - 24 Ogos 2015

 
Jawatan kosong terkini di Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah Ogos 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah sebagai :

1. Penolong Pegawai Perikanan G27

Tarikh tutup permohonan pada 24 Ogos 2015
Lokasi : Sabah
Sektor : Kerajaan
KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH

Jawatan Kosong di Jabatan Kerja Raya (JKR) - 07 September 2015

 
Jawatan kosong terkini di Jabatan Kerja Raya (JKR Sarawak) September 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Kerja Raya (JKR Sarawak) sebagai :

1. Arkitek J41 (7 Kekosongan)
2. Jurutera J41 (39 Kekosongan)
3. Penolong Pegawai Senibina JA29 (5 Kekosongan)
4. Penolong Juruukur Bahan JA29 (4 Kekosongan)
5. Penolong Juruukur JA29 (10 Kekosongan)

Tarikh tutup permohonan pada 07 September 2015
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan
jabatan kerja raya sarawak

Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 17 Ogos 2015

 
Jawatan kosong terkini di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Ogos 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai :

1. Pegawai Peperiksaan DG41
2. Akauntan W41

Tarikh tutup permohonan pada 17 Ogos 2015
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini

Muat turun borang permohonan disini

Sebutharga 59-62

KENYATAAN SEBUTHARGA

Sebutharga ini dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera berdaftar dengan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar yang layak dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:

Tempat Taklimat             : PERKARANGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH

Masa                              : 9.00 PAGI

Tarikh Lawatan Tapak    : 18 OGOS 2015 (ISNIN)

Tempat Dokumen Dijual : ARAS BAWAH KAUNTER BERSEPADU

Tarikh Dokumen Dijual   : 18 OGOS 2015 (SELASA)

Harga Dokumen             : RM20.00

Tarikh Tutup Tawaran    : 20 OGOS 12.00 TGH

 

Sebutharga 59/2015

PERUNTUKAN BAGI MEMBINA LONGKANG DAN MENAIKTARAF PAGAR MAJID KG. PADANG ASAM

Sebutharga 60/2015

BAIK PULIH BANGUNAN PERKUMPULAN PERAMPUAN (WI) CAWANGAN PADANG RENGAS

Sebutharga 61/2015

BAIK PULIH ATAP SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL MUSONIFIAH PADANG RANGAS

Sebutharga 62/2015

BINA DEWAN TERBUKA DI PERKARANGAN DEWAN ORANG RAMAI KG. PAYA RANGGAM

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.