• Utama

Kagum dengan petugas media, TH - Asyraf Wajdi

Kagum Dengan Petugas Media, TH - Asyraf Wajdi

Kedah Catat 18 Kes Gigitan, Dua Babit Anjing Gila

PM Saksi MOU Persahabatan Melaka, Guangdong

SEBUTHARGA DAN TENDER

TIADA URUSAN SEBUTHARGA DAN TENDER BUAT MASA INI .

Jawatan Kosong Majlis Daerah Maran (MDMaran) (25 September 2015)

Jawatan Kerja Kosong Majlis Daerah Maran (MDMaran) logo www.ohjob.info september 2015
Kerja Kosong Majlis Daerah Maran (MDMaran)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Maran (MDMaran) seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Tadbir N27
2. Pembantu Penguatkuasa N17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
 
Permohonan hendaklah sampai kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MARAN
26500 MARAN
PAHANG DARUL MAKMUR.

Tarikh Tutup Permohonan:- 25 September 2015

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2015 Disambut Meriah : 31 Ogos 2015

Hari Kebangsaan
DYMM Tuanku bersama anaknya turut mengibarkan jalur gemilang.

IPOH, 31 OGOS 2015 - Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 yang diadakan di perkarangan Dewan Bandaran, Jalan Panglima Bukit Gantang Ipoh disambut meriah dengan kehadiran orang ramai yang membanjiri kawasan hadapan dataran sejak awal pagi lagi. Dianggarkan kira-kira 10,000 rakyat Perak hadir di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh bagi menyambut sambutan Hari Kebangsaan Peringkat yang bertemakan Sehati Sejiwa.

Acara sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 dimulakan sebaik keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta putera dan puteri baginda, YTM Raja Kecil Besar Perak, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya kira-kira jam 8.15 pagi.

Sambutan dimulakan dengan Pemeriksaaan Kawalan Kehormatan Utama, Rejimen Askar Jurutera DiRaja oleh DYMM Sutlan Perak disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu kebesaran Negeri Perak.

Majlis sambutan diteruskan dengan bacaan ikrar Hari Kebangsaan oleh Pelajar Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Ipoh di hadapan pentas utama sebelum persembahan nyanyian koir seramai 120 orang pelajar dari 3 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Sam Tet, Sekolah Menengah Tarcision Convent dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent ipoh.

Seterusnya sambutan diteruskan lagi dengan persembahan pentomin bertemakan “Sehati Sejiwa” yang dilakonkan oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak , pelajar-pelajar sekolah, pekerja swasta dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Acara kemuncak Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 diteruskan dengan perarakan masuk 114 kontinjen dari pelbagai jabatan dan agensi, membabitkan 6,500 peserta bagi menyertai acara perbarisan sempena sambutan hari kebangsaan.

Antara kontinjen yang mengambil bahagian adalah kontinjen dari Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi-agensi kerajaan serta swasta, pertubuhan bukan kerajaan, Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah.

Turut berangkat hadir bagi memeriahkan sambutan, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, dan isteri DYTM Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Shah dan isteri DYAM Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri S.K Devamany, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan dan barisan exco kerajaan negeri.

Pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan kali ini, Majlis Bandaraya Ipoh dipilih selaku Johan Kawad Terbaik bagi kategori Jabatan dan Agensi Kerajaan diikuti Pejabat Tanah dan Galian Perak (PTG) selaku naib johan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak ditempat ketiga.

Kontinjen kawad SUK Perak pula dipilih selaku pemenang di tempat ketiga bagi Kategori Pakaian Terbaik Keseluruhan Kontinjen yang mengambil bahagian setelah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dipilih selaku johan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak ditempat kedua bagi kategori sama. 

Hari Kebangsaan

Johan Kawad Kategori Pejabat Daerah dan Tanah dijuarai oleh Kontinjen Daerah Kinta.

Hari Kebangsaan

Majlis Bandaraya Ipoh Johan Kawad Kategori Jabatan.

Hari Kebangsaan

Telekom Malaysia Johan Kawad Kategori Syarikat Swasta.

Hari Kebangsaan

Kampung Tersusun Klebang Selatan Batu 6 Chemor Johan Keceriaan Kampung Sempena Hari Kebangsaan.

Hari Kebangsaan

DYMM Tuanku Menyerahkan Cek sumbangan Kempen Tabung Pahlawan.

10,000 meriahkan 
Hari Kebangsaan di Ipoh

 0  0 Google +0

IPOH 31 Ogos - Kira-kira 10,000 orang membanjiri pekarangan Dewan Bandaran di sini bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Keterujaan orang ramai pada sambutan kali ini boleh dirasai apabila dataran berkenaan mula dibanjiri masyarakat pelbagai peringkat sejak pukul 6.30 pagi lagi.

Kamera telefon bimbit juga tidak lekang daripada tangan mereka yang setia merakamkan gambar serta video sepanjang acara berlangsung.

Acara sambutan bermula sebaik keberangkatan tiba Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang segak mengenakan uniform Tentera Darat, dengan ditemani Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta puteri baginda, Raja Nazira Safya kira-kira pukul 8 pagi.

Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang untuk menzahirkan rasa sayang serta cinta kepada negara.

Majlis diteruskan dengan persembahan pantomin daripada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negeri yang mengisahkan semangat perpaduan pelbagai kaum di negara ini ketika zaman kemerdekaan dahulu.

Mesej persembahan berkenaan sangat berkesan sehingga menyebabkan Sultan Nazrin serta Tuanku Zara sebak.

Seterusnya sambutan diteruskan dengan acara perbarisan yang melibatkan 114 kontinjen dari seluruh negeri, membabitkan 6,500 peserta pelbagai kaum, agama dan usia.

Antara kontinjen yang mengambil bahagian termasuklah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), agensi-agensi kerajaan serta swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah.

Yang turut berangkat pada sam­butan itu, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri S. K. Devamany, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan barisan exco kerajaan negeri.

Pada majlis penyampaian hadiah selepas itu, kontinjen MBI dinobatkan sebagai johan perbarisan bagi kategori agensi kerajaan dan kostum terbaik pada sambutan kali ini, sekali gus membawa pulang hadiah berjumlah RM6,000.

Lain-lain pemenang perbarisan terbaik termasuklah Pejabat Daerah dan Tanah Kinta (kategori pejabat tanah dan daerah); Telekom Malaysia Bhd. (syarikat swasta); Universiti Teknologi Mara (IPT) dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (pancaragam sekolah).

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perak/10-000-meriahkan-8232-hari-kebangsaan-di-ipoh-1.130288#sthash.JzAauwOZ.dpuf

Tender/Sebutharga

KENYATAAN SEBUTHARGA

Sebutharga ini dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera berdaftar dengan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar yang layak dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:

Tempat Taklimat                

: PERKARANGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH

Tarikh / Masa  Taklimat    

:8 SEPTEMBER  (SELASA) 9.00 PAGI

Tempat Dokumen Dijual   

: ARAS BAWAH KAUNTER BERSEPADU

Tarikh Dokumen Dijual      

: 9 SEPTEMBER 2015 (SELASA)

Harga Dokumen                  

: RM20.00

Tarikh Tutup Tawaran        

: 15 SEPTEMBER, JAM 12.00 TGH

No. Sebutharga PLB.KK 73/2015 

PROJEK MENAIKTARAF JALAN DI KG.KELEBOR, KUALA KANGSAR

No. Sebutharga PLB.KK 74/2015 

PROJEK MENAIKTARAF JALAN DI KG. TANAH LEPAN (SENAWAR), KUALA KANGSAR

No. Sebutharga PLB.KK 75/2015 

PROJEK MENAIKTARAF JALAN DI KG. MENORA, KUALA KANGSAR

No. Sebutharga PLB.KK 76/2015 

PROJEK MENAIKTARAF JALAN DI KG. KEPALA BENDANG

No. Sebutharga PLB.KK 77/2015 

PROJEK MENAIKTARAF JALAN DI KG. BUKIT LADA

No. Sebutharga PLB.KK 78/2015 

PROJEK MENAIKTARAF JALAN DI KG. KUALA SAYONG HILIR

No. Sebutharga PLB.KK 79/2015 

PROJEK MENAIKTARAF JALAN DI KG. BENDANG PANJANG

No. Sebutharga PLB.KK 80/2015 

PROJEK MENAIKTARAF JALAN DI KG. SUAK DUNGUN

No. Sebutharga PLB.KK 81/2015 

PROJEK MENAIKTARAF JALAN DI KG. SAYONG MAJID

No. Sebutharga PLB.KK 82/2015 

PROJEK MENAIKTARAF JALAN DI KG. SAYONG TENGAH

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.