Cetak

Perutusan Pegawai Daerah

Saya mengucapkan Selamat Datang Ke Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.Sebagai sebuah jabatan di barisan hadapan dalam berurusan dengan pelanggan khususnya di Daerah Kuala Kangsar maka tentulah banyak maklumat perlu dikongsi bersama antara pihak Jabatan dengan pelanggan sama ada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan orang ramai. Dengan wujudnya Portal ini bermakna Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar telah turut melangkah bersama-sama Kerajaan Negeri Perak untuk merealisasikan kerajaan elektronik sepertimana wawasan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia.

Kejayaan membangunkan Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam kemajuan penggunaan Information Communication Technology (ICT) sebagai alat komunikasi dan interaktif di Daerah Kuala Kangsar bersesuaian dengan visi kami MENJADIKAN KUALA KANGSAR SEBAGAI DAERAH YANG MAJU DAN SEJAHTERA DI NEGERI PERAK MENJELANG TAHUN 2015. Perlaksanaannya juga adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk menggalak dan memperluaskan penggunaan ICT untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan.
Harapan saya dengan wujudnya Portal Rasmi ini dapat membantu orang ramai untuk mendapatkan maklumat dengan lebih cepat, tepat dan berkesan. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada pengunjung-pengunjung bagi memperbaiki lagi kandungan laman ini dari masa ke semasa.

Selamat melayari Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.

Sekian, terima kasih dan salam hormat.



( Tuan Haji Mior Mohamad Jamil bin Mior Zakaria )
PEGAWAI DAERAH KUALA KANGSAR


Hit LAST UPDATED
2631 Isnin, 01 Februari 2016 13:29
  • Biro-Pengaduan-Awam--Jabatan-perdana-Menteri
  • E-SPEKS
  • MSC Malaysia
  • instun
  • jkptg
  • kerajaan malaysia
  • link_jpa
  • link_spa
  • link_visitperak
  • mampu
  • myID
  • perak
  • perakgis
  • sumber_asli_dan alam_sekitar
2297694
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2537
2520
10969
2270187
74923
81011
2297694

Your IP: 54.158.63.41
Server Time: 2017-06-29 17:09:26
Visitors Counter