• Utama
  • MAKLUMAT KORPORAT
  • Organisasi
  • Info Ringkas

Info Ringkas

Bandar Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah di Negeri Perak. Di sini terletaknya Istana Iskandariah dan Masjid Ubudiah yang terkenal di seluruh negara. Ianya juga merupakan kawasan pelancongan di mana terdapatnya banyak bangunan bersejarah yang lain dan kaya dengan hasil-hasil kraftangan yang menarik seperti labu sayong, tekat dan sulaman serta produk-produk makanan daripada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar terletak di Kompleks Pentadbiran Daerah, Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar. Pejabat ini diketuai oleh Pegawai Daerah yang juga merupakan Pentadbir Tanah Daerah. Pentadbiran ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Luar Bandar dan Bahagian Pentadbiran Tanah.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.