‘CHOR’ Maskot Rasmi SUKMA Perak Edisi Ke-19 : 20 Januari 2018

 

‘CHOR’ Maskot Rasmi Sukma Perak Edisi Ke-19

YAB Menteri Besar bersama maskot rasmi SUKMA Perak edisi ke-19.

IPOH, 20 JANUARI 2018 - Perak melancarkan maskot Seladang yang digelar sebagai Chor dalam Majlis Pelancaran Maskot Sukan Malaysia (SUKMA) Perak edisi ke -19 di Bulatan Amanjaya, Meru.

Pelancaran gilang-gemilang itu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr  Zambry Bin Abd Kadir dihadapan lebih 2,000 pengunjung yang hadir terdiri dikalangan rakyat seluruh negeri.

Menurut beliau, seramai 11,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen seluruh negara akan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) Perak edisi ke-19 yang dijangka berlangsung pada 12 hingga 22 September depan.

Beliau berkata, ia menyaksikan sebanyak 26 jenis sukan merangkumi 369 acara bakal dipertandingkan dalam temasya sukan itu yang kali kedua dilangsungkan di Perak.

"Penganjuran temasya terbabit bukan sahaja berpotensi mengetengahkan bakat-bakat baru malah ia mampu memperkukuhkan agenda intergrasi nasional dikalangan masyarakat.

"Oleh yang demikian, saya menyeru sokongan serta kerjasama semua pihak agar kita dapat meraih kejayaan sebagai penganjur terbaik pada temasya kali ini," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Turut hadir YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ M.Saravanan dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

Selain itu, beliau berkata, seramai 3,000 sukarelawan dikalangan rakyat di negeri ini dijangka akan terlibat secara langsung dalam SUKMA yang dijalankan.

"Keterlibatan seramai mungkin adalah amat penting sebagai strategi untuk menjadikan SUKMA kali ini sebagai yang paling viral di media sosial sepanjang penganjurannya," katanya.

Dalam perkembangan lain, YAB Menteri Besar turut berharap atlet yang mewakili Perak pada kali ini akan berjuang bersungguh-sungguh demi memastikan sasaran sebagai juara keseluruhan dapat direalisasikan.

"Harapan saya adalah supaya atlet-atlet negeri Perak mampu bersaing dan mampu memperoleh keputusan cemerlang sekaligus dinobatkan sebagai juara keseluruhan SUKMA bagi edisi kali ini," katanya.

Majlis Executive Talk & Perutusan Tahun Baru 2018 YAB Menteri Besar Perak

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abdul Kadir hadir dalam majlis pelancaran SUKMA Perak edisi ke-19.

Majlis Executive Talk & Perutusan Tahun Baru 2018 YAB Menteri Besar Perak

Chor diperkenalkan sebagai maskot rasmi SUKMA Perak edisi kali ke-19.  

Majlis Executive Talk & Perutusan Tahun Baru 2018 YAB Menteri Besar Perak

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abdul Kadir ketika berucap dalam majlis pelancaran SUKMA Perak edisi ke-19.

Majlis Executive Talk & Perutusan Tahun Baru 2018 YAB Menteri Besar Perak

Logo rasmi SUKMA Perak edisi ke-19 yang dilancarkan.

Majlis Executive Talk & Perutusan Tahun Baru 2018 YAB Menteri Besar Perak

Antara persembahan yang disajikan kepada pengunjung dalam majlis pelancaran tersebut.
Majlis Executive Talk & Perutusan Tahun Baru 2018 YAB Menteri Besar Perak Antara pengunjung yang hadir dalam majlis berkenaan.
Majlis Executive Talk & Perutusan Tahun Baru 2018 YAB Menteri Besar Perak YAB Menteri Besar melepaskan peserta Kayuhan Basikal Wow! Kita Hebat! dalam majlis tersebut.

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.