• Utama
  • PUSAT MEDIA
  • Berita & Akitiviti
  • YAB Menteri Besar Rakam Penghargaan Terhadap Jasa Dan Pengorbanan YB Setiausaha Kerajaan Negeri

YAB Menteri Besar Rakam Penghargaan Terhadap Jasa Dan Pengorbanan YB Setiausaha Kerajaan Negeri


YAB Menteri Besar Rakam Penghargaan Terhadap Jasa Dan Pengorbanan YB Setiausaha Kerajaan Negeri
YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan beramah mesra dengan tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

IPOH, 18 APRIL 2018 - YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir merakamkan penghargaan kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan kerana menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sepanjang tujuh tahun mengetuai pentadbiran dan perkhidmatan awam Negeri Perak.

Beliau berkata, YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan merupakan individu yang komited dalam melaksanakan tugas selain tidak pernah mengalah walaupun ada kalanya berdepan cabaran dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

 “Saya mengakui bahawa Kerajaan Negeri pastinya kehilangan dan merindui perilaku serta corak kerjanya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan begitu berkaliber dalam menjalankan tanggungjawab.

Semasa YB Dato’ Seri Abdul Puhat melaksanakan tugas di Perak saya merasakan ada keserasian ada pertalian yang begitu erat kerana kita datang dari latar belakang yang sama juga matlamat sama untuk membangunkan Negeri Perak yang tercinta.

Tambah YAB Menteri Besar, beliau secara peribadi turut mengakui selesa bekerja bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab memacu pembangunan dan kemajuan negeri Perak.

“Mengenangkan perkhidmatan yang cemerlang disumbangkan oleh Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan saya rasa kita semua bersetuju bahawa beliau antara Setiausaha Kerajaan Negeri paling cemerlang Perak pernah miliki,” ujar beliau.

Selain itu, YAB Menteri Besar Perak berkata, beliau berharap YB Setiausaha Kerajaan Negeri akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.

“Kita doakan perjalanannya akan terus berjaya dalam apa sahaja bidang yang beliau ceburi kelak dan kenangan semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab bersama beliau pastinya akan dijadikan kenangan indah dalam membentuk erti kehidupan dan falsafah hidup,” kata beliau semasa berucap di hadapan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah di Jabatan Kerajaan Negeri dalam majlis penghargaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Casuarina@Meru.

Hadir sama isteri YAB Menteri Besar, Datin Seri DiRaja Saripah Binti Zulkifli, YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Ghazali Bin Jalal dan barisan Exco Kerajaan Negeri Perak.

Sementara itu, YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan mengakui pelbagai cabaran suka dan duka telah ditempuhinya sepanjang menggalas tugas selaku Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, dirinya juga pernah berkhidmat selama tujuh tahun tanpa bercuti semasa mengalas tugas sebagai Pengarah Majlis Sukan Negeri. 

“Semasa saya memegang jawatan sebagai Pengarah MSN Perak berada di kedudukan ke-12 saya panggil semua kakitangan dan saya katakan dalam masa tiga tahun kita mesti berada di tangga ke lima dan berjuang untuk tangga dua serta tiga.

“Tetapi saya bertuah ada kakitangan yang sudi bekerja dengan saya malah pada Sabtu, Ahad tidak bercuti kerana Sabtu Ahad atlet akan balik untuk berlatih jadi tidak ada cuti kita ubah tukar sistem cuti pada hari Isnin jadi tujuh tahun kita buat,” kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kerana banyak membantu dalam menyelesaikan masalah dan tugas yang telah diamanahkan.

“Saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua terutama keluarga saya dan kepada kakitangan SUK serta tak dilupakan kepada Menteri Besar yang banyak membimbing saya,” kata beliau.

YAB Menteri Besar Rakam Penghargaan Terhadap Jasa Dan Pengorbanan YB Setiausaha Kerajaan Negeri

YB Setiausaha Kerajaan Negeri menerima cenderahati daripada YB Speaker DUN Perak, Dato' S. Thangasvari.

YAB Menteri Besar Rakam Penghargaan Terhadap Jasa Dan Pengorbanan YB Setiausaha Kerajaan Negeri

YB Setiausaha Kerajaan Negeri menerima cenderamata daripada YB Pegawai Kewangan Negeri Perak.

YAB Menteri Besar Rakam Penghargaan Terhadap Jasa Dan Pengorbanan YB Setiausaha Kerajaan Negeri

YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan beramah mesra dengan Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Tuan Haji Mior Muhammad Jamil Bin Mior Zakaria.

YAB Menteri Besar Rakam Penghargaan Terhadap Jasa Dan Pengorbanan YB Setiausaha Kerajaan Negeri

YAB Menteri Besar menyampaikan cenderamata kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri dalam majlis yang berlangsung.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.