• Utama
  • PUSAT MEDIA
  • Data Set
  • Terma Penggunaan Data

TERMA PENGGUNAAN DATA KERAJAAN

  Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat    
  seperti di bawah.

 1. Penggunaan data di bawah terma ini

  Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

 2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:

  (i) Salin, terbit, edar dan pindah data;

  (ii) Adaptasi data;

  (iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan

  (iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

 3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna
     HENDAKLAH:

   (i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan
       oleh pemilik data;

  (ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan

  (iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna
       hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:
       "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "

 4. PENGECUALIAN

   Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
   (i) Data peribadi;

  (ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;

  (iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;

  (iv) Lambang diraja dan lambang tentera;

  (v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;

  (vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan

  (vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

 5. TIADA JAMINAN

  (i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan  
      daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

 (ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data
     juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan
     kesan  daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan
     secara berterusan.

 6. UNDANG-UNDANG

  Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah
  pemilik utama bagi data tersebut.

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.