Pelancaran dan perasmian program EKSA diadakan sebagai tanda mula disamping untuk menyampaikan hasrat dan sokongan pengurusan bagi melaksanakan EKSA di agensi. Antara perkara yang perlu diberikan penekanan adalah seperti berikut: Dasar EKSA Zon EKSA Pelan Tindakan Pelaksanaan EKSA (carta perbatuan) Amalan EKSA juga memupuk semangat kerja berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian jabatan kepada para pelanggan dan seterusnya membawa kepada peningkatan imej Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. VISI : Mewujudkan ekosistem persekitaran kerja yang kondusif MISI : Mengukuhkan persekitaran dan budaya kerja yang kondusif, selamat dan ceria
Tanggungjawab Jawatankuasa Pelaksana EKSA hendaklah menyeluruh. Setiap ahli Jawatankuasa dan ahli hendaklah masing-masing melaksanakan peranan. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana bertanggungjawab untuk memastikan kejayaan pelaksanaan EKSA. CARTA ORGANISASI EKSA PERANAN JAWATANKUASA EKSA
GO GREEN
“Go green” adalah suatu bentuk kempen kesedaran kepada setiap orang bertujuan untuk memelihara dan melindungi bumi daripada bahaya “global warming” yang semakin hari semakin membimbangkan kesan daripada perbuatan dan tindakan manusia yang tidak terkawal. TIPS PERLAKSANAAN GO GREEN DI PEJABAT 1. Padamkan lampu jika anda tidak akan berada di tempat anda untuk lebih dari 15 minit; 2. Gunakan mentol yang berkuasa rendah. Ini akan menjimatkan kegunaan tenaga bagi pejabat anda; 3. Padamkan komputer anda jika anda tiada di tempat anda untuk lebih dari satu jam; dan 4. Jika pejabat anda mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, usahakan agar ia ditutup apabila didapati sebahagian besar daripada para pekerja tidak berada di dalam pejabat.