• Utama
  • Arkib
  • PELANCARAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN (HADAK) PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

PELANCARAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN (HADAK) PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

25 Februari 2019 (Isnin) -  YBrs. Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Pegawai Daerah Kuala Kangsar telah dijemput sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan program Pelancaran Hari Antidadah Kebangsaan (HADAK) Peringkat Negeri Perak 2019 bertempat di Dewan Sri Semarak, SMK Tun Perak, Padang Rengas.

Program ini adalah anjuran Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perak dan beberapa Jabatan yang turut terlibat.

Tetamu kehormat yang turut hadir ke pelancaran HADAK Peringkat Negeri Perak 2019 adalah:
• Tuan Haji Mat Jaafar bin Mat Zain, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak
• Encik Khairil Anwar bin Ahmad, Pengarah AADK Negeri Perak
• ACP Ravi Chandran A/L V. Ramachandran, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Perak
• Encik Safuan bin Haji Raba'ai, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
• Encik Shamsuddin bin Md Zainal, Pengetua SMK Tun Perak

YBrs. Tuan Pegawai Daerah turut merasmikan sudut PPDa SMK Tun Perak yang bertemakan "KOMUNITI KITA TANGGUNJAWAB KITA" sempena sambutan HADAK Peringkat Negeri Perak 2019.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.