• Utama
  • Arkib
  • MAJLIS RAMAH MESRA PENTADBIRAN MUKIM SERTA SESI DIALOG POLIS DIRAJA MALAYSIA BERSAMA KOMUNITI MUKIM CHEGAR GALAH

MAJLIS RAMAH MESRA PENTADBIRAN MUKIM SERTA SESI DIALOG POLIS DIRAJA MALAYSIA BERSAMA KOMUNITI MUKIM CHEGAR GALAH

26 Februari 2019 (Selasa) - Puan Hasmonaliza binti Hassan Basari Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan Daerah) telah mewakili YBrs. Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Pegawai Daerah Kuala Kangsar bagi merasmikan Majlis Ramah Mesra Pentadbiran Mukim serta Sesi Dialog PDRM bersama Komuniti Mukim Chegar Galah.

Majlis ini dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Penghulu Mukim Chegar Galah dan anjuran sepenuhnya oleh Pejabat Penghulu Mukim Chegar Galah.

Pentadbiran Mukim amat berbesar hati dengan kehadiran Tuan ACP Razali bin Ibrahim, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar bersama-sama dgn pemimpin-pemimpin masyarakat setempat dalam program ini.

Matlamat utama program ini adalah untuk menjalin hubungan erat antara PDRM Daerah bersama komuniti setempat di samping menyampaikan maklumat terkini berkaitan isu-isu semasa dan peranan pihak PDRM.

Pentadbiran ini mengucapkan TAHNIAH kepada pihak penganjur dan IPD Kuala Kangsar, Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar serta Pengerusi-pengerusi MPKK Mukim Chegar Galah yang turut terlibat menjayakan majlis ini.



Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.