• Utama
  • Arkib
  • MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN JASAMU DIKENANG PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR/ SG. SIPUT TAHUN 2019

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN JASAMU DIKENANG PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR/ SG. SIPUT TAHUN 2019

1 April 2019 (Isnin), Majlis APC & Jasamu Dikenang PDTKK & PDTSS telah diadakan di Dewan Kaloi, Resort Tasik Raban, Lenggong.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Abu Bakar bin Haji Said, Pegawai Kewangan Negeri Perak DR.

Majlis ini telah meraikan 16 orang warga kerja PDTKK & PDTSS yang telah terpilih sebagai penerima APC bagi tahun 2018, lima (5) orang warga kerja cemerlang yang terpilih untuk mengikuti kursus di luar negeri Perak serta dua (2) orang warga kerja yang bakal memasuki alam persaraan.

Pentadbiran ini mengucapkan TAHNIAH & SYABAS kepada penerima APC Tahun 2018 dan TERIMA KASIH atas khidmat bakti yang telah disumbangkan oleh 2 orang pegawai yang memasuki alam persaraan.






Cetak   Emel

Offcanvas