• Utama
  • Arkib
  • Program Communication, Education, Participation & Awareness (CEPA) Peringkat Pejabat Perhutanan Daerah Kuala Kangsar

Program Communication, Education, Participation & Awareness (CEPA) Peringkat Pejabat Perhutanan Daerah Kuala Kangsar


23 September 2019 (Isnin), Dewan MPKK Kampong Sayong Lembah.

Program Communication, Education, Participation & Awareness (CEPA) Peringkat Pejabat Perhutanan Daerah Kuala Kangsar telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Pegawai Daerah Kuala Kangsar. Antara jemputan yang turut bersama dalam program ini ialah YBhg. Dato' Pengarah Perhutanan Negeri Perak dan Pegawai Perhutanan Daerah Kuala Kangsar serta beberapa Ketua Jabatan/ Wakil Peringkat Daerah.

Objektif utama program ini adalah bagi menjaga khazanah alam bagi pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biodiversiti melalui aktiviti restorasi hutan. Dalam program ini juga, kesemua tetamu jemputan bersama-sama pelajar daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Quest International University Perak dan Kolej Komuniti Chenderoh turut menanam sebanyak 250 pokok pelbagai spesies di Persisiran Tebing Sungai Perak yang disertai bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Sayong Tebing dan Kg Sayong Lembah. Ini sekaligus menambahkan lagi kehijauan di Bandar DiRaja Daerah Kuala Kangsar ini.

Pentadbiran ini juga turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan khususnya Pejabat Perhutanan Daerah Kuala Kangsar kerana telah berjaya menganjurkan program ini serta semua pihak yg terlibat bersama-sama.

 
 

Cetak   Emel

Offcanvas