• Utama
  • Arkib
  • Hari Perkeso 2019 Pejabat PERKESO Kuala Kangsar

Hari Perkeso 2019 Pejabat PERKESO Kuala Kangsar

Sempena sambutan Hari Perkeso 2019, Pejabat PERKESO Kuala Kangsar telah mengadakan beberapa program secara serentak yang dirasmikan oleh Tuan Ahmad Munir Bin Ishak Pegawai Daerah Kuala Kangsar.

Antara program yang dijalankan  ialah -:
 
Program Bersama Pemimpin Masyarakat

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peranan PERKESO dalam membantu dan menjaga kebajikan pencarum dan orang tanggungan serta meningkatkan kefahaman pemimpin masyarakat supaya dapat disalurkan kepada penduduk setempat/ tempatan..Selain itu,Tuan DO bersama Pn PP telah memberikan barang pemulihan berserta cek kepada OB yang hadir..

Program Advokasi..

Selain itu program kita pada hari ini juga diselitkan dengan ceramah kesedaran pencegahan kemalangan jalanraya  kepada semua pekerja-pekerja di Sayong Resort dan semua pekerja yang terlibat telah diberi topi kaledar sebagai salah satu insiatif untuk menjaga keselamatan di jalanraya.

Temuduga Terbuka EIS

Temuduga terbuka kolabarasi bersama Sayong Resort dan Carcem  yang dihadiri oleh  golongan yang hilang pekerjaan sekitar kawasan Kuala Kangsar.. Program ini membuka ruang kepada mereka untuk kembali ke alam pekerja mengikut kemahiran dan pengalaman yang sedia ada..

PERKESO Kuala Kangsar dapat menjayakan program Hari PERKESO bagi tahun 2019 dengan jayanya dengan memberi kesedaran kepada semua golongan yang memerlukan supaya dapat mempertingkatkan mutu perkidmatan PERKESO.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir bagi menjayakan program kita pada hari ini.
 
 

Cetak   Emel

Offcanvas