• Utama
  • Arkib
  • Lawatan Turun Padang dan Penyerahan Surat Pelawaan Penerimaan Bantuan Pembinaan Rumah “Baiti Jannati” kelolaan TNB

Lawatan Turun Padang dan Penyerahan Surat Pelawaan Penerimaan Bantuan Pembinaan Rumah “Baiti Jannati” kelolaan TNB

15 Oktober 2019 (Selasa), suatu Lawatan Turun Padang dan Penyerahan Surat Pelawaan Penerimaan Bantuan Pembinaan Rumah “Baiti Jannati” kelolaan TNB kepada dua (2) penerima di dalam Daerah Kuala Kangsar yang telah disempurnakan oleh YB Encik Abdul Yunus Bin Jamahri, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak.

Pentadbiran ini mengucapkan Tahniah kepada dua penerima bantuan iaitu Encik Abdul Rahim Bin Rosli dari Kampung Chuar Hilir dan Encik Hamizan Bin Ibrahim dari Kampung Serdang, Tanah Merah, Lubok Merbau.

Pentadbiran ini juga merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak YB Encik Abdul Yunus Bin Jamahri, TNB Perak dan semua pihak yang berkaitan atas usaha murni ini bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan khasnya di Daerah ini.
 
 

Cetak   Emel

Offcanvas