Sesi Penyerahan Surat Penempatan PDTKK


pertukaran

Sesi Penyerahan Surat Penempatan PDTKK telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Pegawai Daerah Kuala Kangsar kepada 2 orang Pembantu Operasi Gred N11 sedia ada di Pentadbiran ini yang dibuat 'pusingan penempatan' iaitu Encik Usri bin M. Wahi dan Encik Shahril bin Amil. Moga kedua-duanya dapat terus berkhidmat dengan cemerlang di penempatan yang baharu.

Pentadbiran ini juga mengalu-alukan kehadiran anggota Pentadbiran ini yang baharu iaitu Encik Mohd Termizi bin Mohd Yassin dan Encik Ahmad Danial bin Fakaruzi bagi jawatan Pembantu Operasi Gred N11 serta Encik Ahmad Rahman bin Ibrahim bagi jawatan Pemandu Gred H11. Moga pertukaran masuk ketiga-tiga warga kerja ini akan dapat mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan Pentadbiran ini.

Arahan penempatan ini berkuatkuasa mulai 17 Februari 2020 (Isnin).

Pentadbiran ini mengucapkan "SELAMAT BERTUGAS" kepada kesemua anggota yang berkenaan.

Cetak   Emel

Offcanvas