Lawatan KPPD (Pembangunan) ke Mukim Senggang, Manong.

   lawat   lawat2

24 Februari 2020

Pentadbiran ini melalui Bahagian Pembangunan Daerah telah mengadakan lawatan kerja bagi melihat sendiri keperluan dan keutamaan permohonan masyarakat dan prospek pelancongan.

Lawatan yang diketuai oleh Puan Nor Aniza Binti Mansor, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) ini telah bermula di Dewan Orang Ramai Kampung Kubang Pekan, Dewan Orang Ramai Kampung Senggang, Dewan Orang Ramai Kampung Bekor, Masjid Kampung Bekor dan jalan - jalan pembangunan luar bandar (PLB) yang perlu diperbaiki.

   

Lawatan turut meninjau lombong tinggalan Perancis yang dikenali dengan nama 'Lombong Perancis' di Kampung Bekor serta Lata Air Terjun Manong di Kampung Bekor yang amat berpotensi dibangunkan sebagai kawasan pelancongan dalam daerah ini.

   

 

 





 

Cetak   Emel

Offcanvas