• Utama
  • E-PERKHIDMATAN
  • Warga Awam
  • Pengumuman
  • Sesi Penyerahan Surat Penempatan Pembantu Tadbir PDTKK

Sesi Penyerahan Surat Penempatan Pembantu Tadbir PDTKK

penempatan
Sesi Penyerahan Surat Penempatan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Pegawai Daerah Kuala Kangsar kepada 4 orang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 yang terlibat iaitu Puan Noor Azleen binti Zainal Abidin, Puan Aiyu Bazilah binti Burhan, Encik Mohd Ridzuan bin Ahmad Affandi, Encik Hasnur Hadi bin Rafles dan 1 orang Pembantu Operasi Gred N11 iaitu Encik Mohd Temizi bin Mohd Yassin. Moga kelima-limanya dapat terus berkhidmat dengan cemerlang di penempatan yang baharu.

Pentadbiran ini juga mengalu-alukan kehadiran warga kerja Pentadbiran ini yang baharu iaitu Encik Ahmad Munzir bin Mohd Raziuddin, Encik Muhammad Naim bin Alias, Encik Mohammad Amiruddin bin Shafie dan Cik Nurul Nazwa binti Mohamad Arshad bagi jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19. Moga pertukaran masuk keempat-empat mereka ini akan dapat mempertingkatkan lagi jentera perkhidmatan Pentadbiran ini

Pentadbiran ini mengucapkan SELAMAT BERTUGAS kepada kesemua warga kerja yang berkenaan.

Cetak   Emel

Offcanvas