PIAGAM PELANGGAN
Anda adalah pelanggan, kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang adil, mesra dan segera kepada anda, kami berjanji akan memberikan perkhidmatan seperti berikut :
BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH
Bersedia Memberikan Perkhidmatan yang berkualiti dan cekap untuk pelanggan dalam hal-hal berikut :
1. Memproses bayaran Hasil Tanah dalam tempoh 1 minit setiap bil.
2. Memproses Permohonan Tanah sehingga menyediakan Kertas MMK dalam tempoh 8 bulan.
3. Memproses Urusan Pembangunan Tanah seperti Tukar Syarat, Pecah Sempadan dan Pecah Bahagian dalam tempoh 3 bulan bagi Kes di Bawah Bidangkuasa Pentadbir Tanah.
4. Semua Perserahan Pindahmilik/Gadaian akan didaftarkan dalam tempoh 24 jam.
5. Menyelesaikan Permohonan Kebenaran untuk Memindahmilik / Gadaian dalam tempoh 5 hari bekerja bagi kes di bawah Kuasa Pentadbir Tanah.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
1. Akan berusaha sepenuhnya untuk melaksanakan dan menyiapkan 100% projek yang diluluskan setiap tahun
2. Projek dan perolahan bekalan yang tidak melibatkan sebutharga akan ditawarkan kepada pemboong dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat kuasa/waran peruntukan
3. Projek dan perolehan bekalan yang melibatkan sebutharga akan ditawarkan kepada pemborong dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat kuasa/waran peruntukan
4. Baucer bayaran akan disiapkan dan dikemukakan ke Pejabat Pembangunan Negeri @ Bendahari Negeri @Akuantan Negara dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh borang inden kerja/pesanan kerajaan disahkan untuk pembayaran
5. Setiap aduan yang diterima:
- Secara bertulis akan diakui terima dalam masa 7 hari bekerja
- Secara lisan akan diberi jawapan serta-merta akan dilayan dengan penuh berhemah dan mesra