• Utama
  • INFORMASI
  • Media
  • Arkib
  • Sesi Kunjung Hormat Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK)

Sesi Kunjung Hormat Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK)





Pada 30 Januari 2020 suatu Sesi Kunjung Hormat Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bersama Tuan Pegawai Daerah Kuala Kangsar yang turut disertai oleh Tuan Setiausaha MPKK bersama pegawai-pegawai kanan PDTKK.

Sesi ramah mesra ini diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah bertujuan untuk mengeratkan jalinan hubungan dan kerjasama di antara Ahli-ahli Majlis bersama dengan pihak PDTKK demi kepentingan warga Daerah secara keseluruhan.

Turut diadakan sesi dialog bagi menerangkan peranan, fungsi dan perkembangan terkini Pentadbiran ini yang mempunyai hubungkait dengan tugas-tugas selaku Ahli Majlis.

Pentadbiran ini amat berbesar hati menerima kunjung hormat ini dan berharap sesi seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
 
 

Cetak   Emel

Offcanvas