• Utama
  • INFORMASI
  • Media
  • Arkib
  • Mesyuarat Perancangan Strategik dan Hala Tuju Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar (PDTKK) / Sg Siput (PDTSS) Tahun 2020

Mesyuarat Perancangan Strategik dan Hala Tuju Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar (PDTKK) / Sg Siput (PDTSS) Tahun 2020

planstategik


Mesyuarat Perancangan Strategik dan Hala Tuju Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar (PDTKK) dan  Sungai Siput (PDTSS) Tahun 2020 telah diadakan pada 12 dan 13 Februari 2020 bertempat di Rumah Rehat Kroh Inn, Pengkalan Hulu, Perak

Mesyuarat ini di pengerusikan oleh YBrs Pegawai Daerah Kuala Kangsar dan melibatkan 19 orang Pegawai dan kakitangan daripada setiap Bahagian PDTKK dan PDTSS.

Tujuan pelaksanaan mesyuarat ini adalah bagi merancang & menetapkan sasaran dan pelan tindakan PDTKK dan PDTSS Tahun 2020 selaras dengan 5 fokus utama yang telah ditetapkan oleh YAB Menteri Besar Perak DR disamping dapat merapatkan ukhuwah dan jalinan hubungan di antara satu sama lain.

TAHNIAH & SYABAS kepada semua yang terlibat dan semoga hasil perbincangan tersebut dapat dicapai dan dilaksanakan secara bersama dalam tahun 2020.
 
 

Cetak   Emel

Offcanvas