• Utama
  • INFORMASI
  • Media
  • Arkib
  • Kunjungan Hormat daripada Persatuan India Kuala Kangsar

Kunjungan Hormat daripada Persatuan India Kuala Kangsar

indian2

26 Februari 2020 (Rabu) @ PDTKK

Pentadbiran ini telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan India Kuala Kangsar sebagai penghargaan di atas khidmat nasihat, bantuan dan kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan Majlis Perasmian Dewan Persatuan India Kuala Kangsar yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah pada 20 Februari 2020 lalu.

indian1

Kunjungan hormat ini disertai oleh Encik Kulandasamy Pillai Innasimuthu selaku Pengerusi Persatuan bersama Encik Yogakanesh.

Pentadbiran ini mengucapkan tahniah dan berharap agar Dewan Persatuan India, Kuala Kangsar ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh komuniti setempat.









 

Cetak   Emel

Offcanvas