• Utama
  • INFORMASI
  • Media
  • Arkib
  • Program Go Green, CEPA (Communication, Education, Participation and Awareness) & Merdeka@Komuniti Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Kuala Kangsar

Program Go Green, CEPA (Communication, Education, Participation and Awareness) & Merdeka@Komuniti Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Kuala Kangsar


Program Go Green, CEPA (Communication, Education, Participation and Awareness) & Merdeka@Komuniti Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Kuala Kangsar ini merupakan program pertama CSR PDTKK bagi tahun 2020 yang dilaksanakan secara kolaborasi bersama Pejabat Hutan Daerah Kuala Kangsar dan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar.

Susulan daripada Titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak bersempena Program Hari Landskap Negara pada Mac 2020 yang lalu, daerah Kuala Kangsar telah dipertanggungjawabkan untuk menanam sebanyak 10,000 pokok menjelang Disember 2020.

Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 63 dan Sambutan Hari Malaysia, kesempatan ini telah dimanfaatkan oleh PDTKK untuk melaksanakan penanaman pokok secara CSR (Community Social Responsibility) dengan menanam sebanyak 2000 pokok di seluruh daerah Kuala Kangsar. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 200 pokok akan ditanam di setiap mukim di daerah Kuala Kangsar secara serentak dengan program pada hari ini. Program ini juga turut menyaksikan penanaman sebanyak 63 pokok durian ‘Musang King’ di seluruh halaman rumah kerajaan (kuarters) di Bukit Kerajaan.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Dzolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam merangkap ADUN Lintang. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Manong, ADUN Lubok Merbau, ADUN Chenderoh dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Kuala Kangsar. Seramai 170 peserta terdiri daripada penjawat awam sekitar Kuala Kangsar/Sg Siput turut hadir bagi menjayakan program ini.
63pokok

Cetak   Emel

Offcanvas